<< WE ARE CHAMPIONS >> << WE ARE CHAMPIONS >>

Ahad, 7 Julai 2019

Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2019

Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2019  diadakan di Dewan SKPK. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi telah dihadiri oleh seramai lebih 90% ketua keluarga. Slip pelaporan deserahkan kepada ibu bapa ketika sesi pendaftaran.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusoff b. Ab. Rashid. Majlis diteruskan dengan penerangan oleh Cikgu Mohd Radhi b. Hamzah, Guru Besar mengenai pelaksanaan dan pencapaian anak-anak dalam PBD. 



Beliau juga menyentuh mengenai pencapaian murid-murid Tahap 2 dalam Latihan Kecemerlangan 2 yang lalu dan menyuntik motivasi belajar dalam kalangan murid-murid.



Selain itu, calon UPSR yang mencapai tahap minimum dan memperoleh gred A  dalam LK2 telah diberikan hadiah galakan agar terus berusaha meningkatkan pencapaian masing-masing.


Seterusnya, ibu bapa bergerak ke kelas anak masing-masing untuk tujuan konsultasi bersama guru-guru mata pelajaran.


Program berakhir sekitar jam 1.15 tengah hari.

Rabu, 3 Julai 2019

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 dan Tahun 6


Satu pasukan pegawai perubatan dan jururawat telah hadir ke sekolah hari ini. Kunjungan mereka ke sekolah bertujuan untuk membuat pemeriksaan kesihatan murid tahun 1 dan tahun 6.


Pasukan itu diketuai oleh Dr. Farhana binti Mazlan, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai. Beliau dibantu oleh 6 orang jururawat.


Murid-murid telah diukur berat dan tinggi untuk menentukan berat badan ideal dan tahap kesihatan mereka.



Selain itu, murid-murid juga menjalani pemeriksaan tulang belakang dan pemeriksaan mata bagi mengesan rabun warna dan .


Isnin, 1 Julai 2019

Program Susu Tambahan RMT


SK Pasir Kelang memilih Hari Isnin dan Rabu setiap minggu sebagai hari minum susu sekolah. Susu tambahan RMT ini diberikan kepada semua murid penerima RMT pada jam 12.30 tengah hari.


Susu diagihkan kepada muri-murid yang terlibat oleh Pn. Nurul Masni bt Derani, Pengusaha Kantin dan dibantu oleh Ustazah Nur Ashidah bt. Mustapha, Penyelaras Susu Sekolah dan guru-guru yang berkenaan.


Cikgu Zaki b. Alias, Penolong Kanan HEM sentiasa menerangkan kepada murid-murid kaedah minum susu yang betul untuk mengelakkan susu tercemar dan berlaku keracunan makanan.


Murid-murid gembira dengan program yang dilaksanakan.