<< WE ARE CHAMPIONS >> << WE ARE CHAMPIONS >>

Isnin, 1 Mac 2021

Pembukaan Sekolah Tahun 2021

KPM telah mengumumkan semua sekolah rendah mula dibuka mulai 1 Mac 2021. Pada tarikh ini, murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 mula belajar secara bersemuka. Memandangkan mereka masih baru dan sebahagian pula belum biasa dengan persekitaran sekolah, mereka dipilih untuk memulakan sesi persekolahan terlebih dahulu.



Seramai 13 orang murid Prasekolah, 23 orang murid Tahun 1dan 17 orang murid Tahun 2 memulakan sesi pada kali ini. Kehadiran guru-guru di pintu pagar sekolah membantu murid dalam pematuhan SOP.




Untuk murid lebih memahami SOP yang ditetapkan, aktiviti simulasi telah diadakan melibatkan pergerakan masuk, keluar, ke kantin dan lain-lain lagi.







Pemantauan Pembukaan Sekolah 2021 dihadiri oleh En. Nik Rozman b. Nik Yaacob, Penolong PPD Pengurusan Sekolah, PPD Kuala Krai. Beliau sangat berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk memulakan sesi persekolahan kali ini.


Khamis, 9 Julai 2020

Video Promosi Sekolah

Alhamdulillah, mengambil peluang sempena musim PKPP, akhirnya dapat juga menyiapkan video promosi sekolah yang mudah, menggunakan MS Office dan Shotcut.

Rabu, 5 Februari 2020

Projek Tanaman Kelapa

          Anak-anak SK Pasir Kelang diberi tanggungjawab menjaga anak pokok kelapa di persekitaran sekolah. Projek tanaman kelapa dijadikan ETOS bermula Tahun 2020.



          Projek ini dilancarkan pada 12/1/2020 melibatkan 23 anak pokok yang disumbangkan oleh warga SKPK.


          Fasa kedua akan diteruskan oleh AJK PIBG. Semoga usaha ini membuahkan hasil.

Selasa, 4 Februari 2020

Kejohanan Merentas Desa SKPK 2020

          Hari ini berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Program bermula jam 8.00 pagi dengan taklimat program oleh Cikgu Mohd Tarmizi b. Mohd Sharif, Penyelaras Program.


          Seterusnya amanat ringkas disampaikan oleh Cikgu Mohd Radhi b. Hamzah, Guru Besar. Murid-murid melakukan senamrobik sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan larian.


          Murid-murid dilepaskan mengikut kategori iaitu Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Selain guru-guru, program ini turut dijayakan oleh AKP, pekerja swasta, pengawal keselamatan dan juga belia kampung. Semua murid dapat menamatkan larian pada jam 10.30 pagi.


          Pada jam 11.00 pagi, majlis penyampaian hadiah diadakan. Murid-murid yang berjaya mendapat tempat pertama hingga tempat kelima Tahap 2 akan mewakili sekolah di peringkat MSSD pula yang dijadualkan berlangsung pada 5/2/2020.




Ahad, 7 Julai 2019

Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2019

Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2019  diadakan di Dewan SKPK. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi telah dihadiri oleh seramai lebih 90% ketua keluarga. Slip pelaporan deserahkan kepada ibu bapa ketika sesi pendaftaran.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusoff b. Ab. Rashid. Majlis diteruskan dengan penerangan oleh Cikgu Mohd Radhi b. Hamzah, Guru Besar mengenai pelaksanaan dan pencapaian anak-anak dalam PBD. 



Beliau juga menyentuh mengenai pencapaian murid-murid Tahap 2 dalam Latihan Kecemerlangan 2 yang lalu dan menyuntik motivasi belajar dalam kalangan murid-murid.



Selain itu, calon UPSR yang mencapai tahap minimum dan memperoleh gred A  dalam LK2 telah diberikan hadiah galakan agar terus berusaha meningkatkan pencapaian masing-masing.


Seterusnya, ibu bapa bergerak ke kelas anak masing-masing untuk tujuan konsultasi bersama guru-guru mata pelajaran.


Program berakhir sekitar jam 1.15 tengah hari.