<< WE ARE CHAMPIONS >> << WE ARE CHAMPIONS >>

Sabtu, 22 Jun 2019

Sejarah SK Pasir Kelang

Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1989 berdasarkan nama Kampung Pasir Kelang, hasil daripada rundingan dan usaha bersungguh-sungguh daripada Pengerusi Jawatankuasa Kampung iaitu En. Abd. Rahman bin Endok dengan wakil rakyat ketika itu. Usaha ini telah mendapat restu daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan mendapat peruntukkan serta-merta sebanyak RM 50,000.00 . Bangunan sekolah didirikan secara gotong-royong ( 1 bangunan 1 tingkat separa kayu memuatkan 5 bilik darjah ).

Walaupun mempunyai bangunan sendiri, namun masih di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kuala Nal yang dipimpin oleh Guru Besarnya iaitu En. Rosni bin Yusoff. Pada tahun 1991, Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang telah ditadbir oleh Guru Besarnya sendiri iaitu En. Yusuf bin Ahmad. Dengan penubuhan sekolah ini, maka murid-murid dari Kampung Pasir Kelang, Kampung Buyong, dan Kampung Sungai Taku dapat bersekolah di sini tanpa pergi ke Sekolah Kebangsaan Kuala Nal lagi. Pada masa itu, sekolah ini mempunyai 5 buah bilik darjah yang terdiri dari tahun satu hingga tahun enam. Guru-guru pula terdiri daripada 5 orang guru terlatih dan selebihnya adalah guru sandaran.

Pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tiga blok bangunan 3 tingkat. Pada bulan Mac 1997, bangunan baru telah siap sepenuhnya.

Sehingga kini , sekolah ini masih belum dirasmikan tetapi telah menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan iaitu dari segi peningkatan dan kecemerlangan kualiti pendidikan setimpal dengan moto sekolah “ PERMATA DI SEBERANG SUNGAI. ” Mulai 1 Januari 2019, bersesuaian dengan usaha untuk terus memartabatkan pendidikan anak-anak SK Pasir Kelang, moto sekolah diubah kepada "WE ARE CHAMPIONS."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan