<< WE ARE CHAMPIONS >> << WE ARE CHAMPIONS >>

Ahad, 7 Julai 2019

Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2019

Hari Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2019  diadakan di Dewan SKPK. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi telah dihadiri oleh seramai lebih 90% ketua keluarga. Slip pelaporan deserahkan kepada ibu bapa ketika sesi pendaftaran.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusoff b. Ab. Rashid. Majlis diteruskan dengan penerangan oleh Cikgu Mohd Radhi b. Hamzah, Guru Besar mengenai pelaksanaan dan pencapaian anak-anak dalam PBD. 



Beliau juga menyentuh mengenai pencapaian murid-murid Tahap 2 dalam Latihan Kecemerlangan 2 yang lalu dan menyuntik motivasi belajar dalam kalangan murid-murid.



Selain itu, calon UPSR yang mencapai tahap minimum dan memperoleh gred A  dalam LK2 telah diberikan hadiah galakan agar terus berusaha meningkatkan pencapaian masing-masing.


Seterusnya, ibu bapa bergerak ke kelas anak masing-masing untuk tujuan konsultasi bersama guru-guru mata pelajaran.


Program berakhir sekitar jam 1.15 tengah hari.

Rabu, 3 Julai 2019

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 dan Tahun 6


Satu pasukan pegawai perubatan dan jururawat telah hadir ke sekolah hari ini. Kunjungan mereka ke sekolah bertujuan untuk membuat pemeriksaan kesihatan murid tahun 1 dan tahun 6.


Pasukan itu diketuai oleh Dr. Farhana binti Mazlan, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai. Beliau dibantu oleh 6 orang jururawat.


Murid-murid telah diukur berat dan tinggi untuk menentukan berat badan ideal dan tahap kesihatan mereka.



Selain itu, murid-murid juga menjalani pemeriksaan tulang belakang dan pemeriksaan mata bagi mengesan rabun warna dan .


Isnin, 1 Julai 2019

Program Susu Tambahan RMT


SK Pasir Kelang memilih Hari Isnin dan Rabu setiap minggu sebagai hari minum susu sekolah. Susu tambahan RMT ini diberikan kepada semua murid penerima RMT pada jam 12.30 tengah hari.


Susu diagihkan kepada muri-murid yang terlibat oleh Pn. Nurul Masni bt Derani, Pengusaha Kantin dan dibantu oleh Ustazah Nur Ashidah bt. Mustapha, Penyelaras Susu Sekolah dan guru-guru yang berkenaan.


Cikgu Zaki b. Alias, Penolong Kanan HEM sentiasa menerangkan kepada murid-murid kaedah minum susu yang betul untuk mengelakkan susu tercemar dan berlaku keracunan makanan.


Murid-murid gembira dengan program yang dilaksanakan.

Rabu, 26 Jun 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan Akademik Bil.2/2019



Jawatankuasa Peningkatan Akademik Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Bil.2/2019. Mesyuarat yang berlangsung hampir 3 jam itu dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Radhi b. Hamzah, Guru Besar, SK Pasir Kelang dan telah dihadiri oleh semua AJK kecuali Cikgu Suhaimi b. Zakaria, PK Kokurikulum dan Ustaz Mohd Yusoff b. Ab Rashid selaku GBK yang menghadiri program rasmi jabatan.

Antara lain Mesyuarat telah membincangkan nengenai analisis data pencapaian LK2, melaksanakan program peningkatan akademik dan membuat penambahbaikan program sedia ada.

Mesyuarat bersetuju untuk membugarkan semula program Mentor-Mentee dan motivasi belajar murid. Mesyuarat juga menyentuh mengenai Hari Pelaporan yang dirancang diadakan pada 7 Julai 2019.


Semoga usaha dan komitmen berterusan rakan-rakan guru membuahkan kejayaan.

Isnin, 24 Jun 2019

Sesi Bersama SISC+ Cikgu Azman Shah bin Mat.


Sesi murid Tahun 6 bersama Penghulu SKPK, SISC+ Cikgu Azman Shah bin Mat. Beliau menekankan perubahan tingkah laku positif, rajin berusaha, kenal pasti kelemahan diri sendiri dan cuba menguasai sifir


Seterusnya mengadakan sesi C&M bersama Cikgu Siti Rokiah bt Che Mat dan Cikgu Mohd Azhar bin Abdul Rahman, Guru Matematik dan Sains Tahun 6. Terima kasih atas usaha berterusan membimbing guru-guru dan anak-anak SK Pasir Kelang.

Sabtu, 22 Jun 2019

Sejarah SK Pasir Kelang

Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1989 berdasarkan nama Kampung Pasir Kelang, hasil daripada rundingan dan usaha bersungguh-sungguh daripada Pengerusi Jawatankuasa Kampung iaitu En. Abd. Rahman bin Endok dengan wakil rakyat ketika itu. Usaha ini telah mendapat restu daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan mendapat peruntukkan serta-merta sebanyak RM 50,000.00 . Bangunan sekolah didirikan secara gotong-royong ( 1 bangunan 1 tingkat separa kayu memuatkan 5 bilik darjah ).

Walaupun mempunyai bangunan sendiri, namun masih di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kuala Nal yang dipimpin oleh Guru Besarnya iaitu En. Rosni bin Yusoff. Pada tahun 1991, Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang telah ditadbir oleh Guru Besarnya sendiri iaitu En. Yusuf bin Ahmad. Dengan penubuhan sekolah ini, maka murid-murid dari Kampung Pasir Kelang, Kampung Buyong, dan Kampung Sungai Taku dapat bersekolah di sini tanpa pergi ke Sekolah Kebangsaan Kuala Nal lagi. Pada masa itu, sekolah ini mempunyai 5 buah bilik darjah yang terdiri dari tahun satu hingga tahun enam. Guru-guru pula terdiri daripada 5 orang guru terlatih dan selebihnya adalah guru sandaran.

Pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tiga blok bangunan 3 tingkat. Pada bulan Mac 1997, bangunan baru telah siap sepenuhnya.

Sehingga kini , sekolah ini masih belum dirasmikan tetapi telah menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan iaitu dari segi peningkatan dan kecemerlangan kualiti pendidikan setimpal dengan moto sekolah “ PERMATA DI SEBERANG SUNGAI. ” Mulai 1 Januari 2019, bersesuaian dengan usaha untuk terus memartabatkan pendidikan anak-anak SK Pasir Kelang, moto sekolah diubah kepada "WE ARE CHAMPIONS."